SIMONA Halep dan juara bertahan wanita, Karolina Pliskova, tidak berdepan masalah untuk terus mara ke peringkat suku akhir Tenis Terbuka Itali.
Simona yang diletakkan sebagai pilihan utama kejohanan bangkit daripada ketinggalan 3-0 pada set pertama untuk menyingkirkan pemain Ukraine, Dayana Yastremska 7-5, 6-4 dalam perlawanan yang memakan masa satu jam 28 minit.
“Gambaran besar, saya fikir ini adalah perlawanan yang bagus dan memberi saya keyakinan bahawa walaupun dalam keadaan ini dengan pemain yang hebat saya boleh menang dalam dua set,” kata Halep.
Finalis dua kali itu seterusnya akan bertemu dengan Yulia Putintseva, yang kembali bangkit selepas ketingalan 6-4, 5-2 untuk menewaskan rakan senegara Kazakh Elena Rybakina, pilihan ke-10, 4-6, 7-6 (7/3), 6- 2.
“Saya mengharapkan pertarungan yang sukar tetapi saya rasa cergas,” kata bekas juara Terbuka Perancis, Halep, naib juara di Rom pada 2017 dan 2018.
“Saya berasa sihat. Saya bersedia menghadapinya dan esok, mudah-mudahan, saya akan bermain lebih baik daripada hari ini (Sabtu).”
Halep menjadi tumpuan di Terbuka Perancis, kejohanan yang dimenanginya pada 2018, setelah menarik diri daripada Terbuka AS kerana kebimbangan terhadap pandemik Covid-19.
Kemenangan terakhirnya adalah di Terbuka Prague sebulan yang lalu.
Pemain nombor empat dunia Pliskova mendominasi Anna Blinkova yang berada di ranking ke-65 dengan 6-4, 6-3 dalam perlawanan pusingan ketiga mereka.
Pemain pilihan kedua dari Repulik Czech, yang mempertahankan gelaran di Brisbane pada Januari, bermula dengan dua kesilapan berganda dalam pemainan pembukaan mereka.
Bagaimanapun pemain berusia 22 tahun dari Rusia itu tidak dapat memanfaatkan kelebihannya berbanding bekas pemain nombor satu dunia, yang seterusnya bertemu dengan pilihan ke-11, Elise Mertens yang mengatasi Danta Kovinic 6-4, 6-4.
Pemain pilihan kesembilan Garbine Muguruza mara ke suku akhir keenamnya tahun ini dengan kemenangan straight-set selepas menundukkan finalis Terbuka Itali tahun lalu, Johanna Konta.
Kedua-dua pemain melakukan 15 pukulan sempurna namun pemain Britian Konta terjebak dengan 22 kesalahan sementara Muguruza dari Sepanyol dengan 13 kesalahan.
Muguruza menang 6-4, 6-1 melawan Konta pilihan ketujuh untuk mara ke peringkat suku akhir terakhir di Rom untuk kali ketiga.
Bekas pemenang Terbuka Perancis itu akan menentang finalis Terbuka AS, Victoria Azarenka yang mara selepas mengenepikan pemain dari Rusia, Daria Kasatkina
Bekas pemenang Terbuka Itali,Elina Svitolina berjaya mengenepikan dua kali juara Grand Slam, Svetlana Kuznetsova 7-6 (8/6), 6-4.
Pemain pilihan pertama, Svitolina pernah menewaskan Halep pada final 2017 dan 2018 untuk menjulang gelaran Terbuka Itali di Rom.
“Saya benar-benar bersyukur bermain dalam kejohanan pertama saya di Rom yang mana saya mempunyai kenangan indah,” kata pemain Ukraine itu selepas rehat enam bulan.
Dia akan berdepan dengan pilihan ke-12 dari Repulik Czech, Marketa Vondrousova yang menyingkirkan pemain Slovenia, Polona Hercog 1-6, 6-1, 7-6 (7/5).
Dalam aksi lelaki, kedua-dua pemain pilihan Novak Djokovic dan Rafael Nadal turut mara ke pusingan seterusnya.
Djokovic menewaskan Filip Krajinovic 7-6 (9/7), 6-3 manakala Nadal menundukkan Dusan Lajovic 6-1, 6-3.-AFP