Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemalangan di Saradise, lelaki cedera diselamatkan bomba
  • KEMALANGAN

Kemalangan di Saradise, lelaki cedera diselamatkan bomba

Utusan Sarawak 12 hours ago
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Tabuan Jaya ketika  menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di kawasan Saradise, Jalan Stutong, Taman BDC, di Kuching, awal pagi tadi. 

KUCHING: Seorang lelaki dewasa mengalami kecederaan dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan jenis Lexus berhampiran Kosa Coffee Saradise, sekitar jam 3 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi(PGO) Bomba Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.16 pagi tadi sebelum menggerakkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian. 

Menurut kenyataan tersebut, kemalangan berlaku di kawasan Saradise, Jalan Stutong, Taman BDC, di sini, dan melibatkan sebuah kenderaan persendirian.

“Seorang mangsa lelaki dewasa mengalami kecederaan. Mangsa tidak tersepit, namun pasukan operasi menghadapi kesukaran untuk mengeluarkannya berikutan ruang kerja yang sempit,” katanya.

Selepas berjaya dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.

Continue Reading

Previous: Seorang wanita cedera dalam kemalangan kendiri
Next: Siling Plaza Merdeka runtuh, tiga wanita cedera ringan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.