Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Elavasaran lega berjaya kutip mata penuh
  • SUKAN

Elavasaran lega berjaya kutip mata penuh

Utusan Sarawak 5 years ago
JURULATIH Sarawak United FC, E. Elavasaran

JURULATIH Sarawak United FC E. Elavasaran berpuas hati dengan persembahan pasukannya ketika berdepan Kelantan United FC malam Jumaat lepas.

Beliau menyifatkan pasukannya sangat terdesak untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut ekoran daripada keputusan yang kurang memuaskan sebelum ini.

“Jaringan pada separuh masa pertama memberi kelebihan banyak untuk kami menjaga rentak permainan.

“Kami sedar mereka akan memberi tekanan untuk menyamakan kedudukan, hingga mereka dapat peluang penalti dan membuat jaringan.

“Namun secara keseluruhan, saya sangat gembira dengan aksi cemerlang pasukan saya malam ini,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Selain itu, Elavasaran mengulas mengenai kecederaan yang dihadapi Adam Shreen Tambi selepas diterjah kuat oleh pemain Kelantan, kelmarin.

“Shreen cedera di bahagian hamstring dan akan direhatkan buat sementara waktu,” katanya.

Elavasaran turut menyifatkan perlawanan menentang Kelantan di Stadium Sultan Mohamad ke-4 di Kota Bahru nanti akan menjadi cabaran besar buat pasukannya.

“Perlawanan itu nanti sangat penting kerana semua orang mengejar mata untuk layak ke Malaysia Cup.

“Saya kena akui bahawa untuk menang di tempat lawan bukan senang, namun kami akan tetap berusaha sehabis baik untuk kesemua permainan yang berbaki ini,” ujarnya lagi.

Continue Reading

Previous: Halep,Pliskova teruskan kemaraan
Next: Bayern belasah Schalke

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.