Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Seorang lelaki ditahan atas kes khianat dan kecurian kabel TM di Miri
  • JENAYAH

Seorang lelaki ditahan atas kes khianat dan kecurian kabel TM di Miri

Utusan Sarawak 9 hours ago
DITAHAN… Seorang lelaki warga asing yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes khianat dan kecurian kabel milik TM di kawasan tepi jalan Manong, Niah, semalam.

MIRI: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes khianat dan kecurian kabel milik Telekom Malaysia (TM) di kawasan tepi Jalan Manong, Niah, semalam.

Menurut kenyataan Polis Daerah Miri, dalam kejadian kira-kira 4.51 petang itu, suspek berjaya ditahan oleh pihak kontraktor TM Sdn Bhd ketika dipercayai sedang menjalankan aktiviti memotong dan mengumpul kabel gentian optik milik syarikat berkenaan.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek terlibat bersama dua lagi lelaki, namun kedua-dua rakan suspek berjaya melarikan diri.

Turut dirampas dalam kejadian tersebut ialah satu guni berisi kepingan aluminium dengan anggaran berat sekitar 3.3 kilogram yang dipercayai hasil daripada aktiviti kecurian berkenaan dan dijadikan sebagai barang kes.

KESAN POTONG… Kabel gentian optik milik syarikat berkenaan yang dipercayai dipotong oleh suspek semalam.

Pengadu kemudiannya membawa dan menyerahkan suspek ke Balai Polis Batu Niah untuk tindakan lanjut.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap kemudahan komunikasi.

Pihak polis menasihatkan orang awam agar tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah atau aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Orang ramai juga digalakkan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha membanteras jenayah di Miri, tegasnya lagi.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki 27 tahun ditahan, dadah disorok bawah kerusi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.