Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dua PPS dibuka di Batu Kawa untuk mangsa banjir
  • TEMPATAN

Dua PPS dibuka di Batu Kawa untuk mangsa banjir

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEORANG lelaki warga emas terperangkap di dalam kawasan banjir dengan paras air mencecah paras lutut. Foto Bomba

KUCHING: Banjir kilat dilaporkan berlaku di Kampung Sinar Budi, Lorong 5I, Taman Desa Wira, Batu Kawa, pada awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.08 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang digerakkan ke lokasi kejadian.

BANJIR kilat di Kampung Sinar Budi, Lorong 5I, Desa Wira, Batu Kawa awal pagi tadi. Foto Bomba

Anggota bomba tiba di tempat kejadian pada 5.19 pagi selepas menempuh jarak kira-kira lapan kilometer.

Komander Operasi, Wan Zakaria Wan Mos berkata, pemeriksaan awal mendapati seorang lelaki warga emas masih terperangkap di dalam kawasan banjir dengan paras air mencecah paras lutut.

SANTUNI… Anggota bomba menyantuni salah seorang penduduk di Kampung Laruk Skim awal pagi tadi.
Foto Bomba

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah bersiap sedia untuk melaksanakan kerja pemindahan, namun mangsa memaklumkan beliau belum bersedia untuk berpindah buat masa ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihak bomba telah memberikan khidmat nasihat serta nombor telefon kecemasan kepada mangsa dan menasihatkan agar segera menghubungi talian tersebut sekiranya keadaan bertambah buruk.

BANJIR kilat di Kampung Sinar Budi, Lorong 5I, Desa Wira, Batu Kawa awal pagi tadi. Foto Bomba

Tambah beliau, pihak bomba kini masih menjalankan pemantauan di kawasan yang masih ditenggelami air dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas sekiranya keadaan banjir bertambah buruk.

Oleh Norman B

PUSAT Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas sekiranya keadaan banjir bertambah buruk. Foto Bomba
Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dua PPS dibuka di Batu Kawa untuk mangsa banjir
Next: Pergerakan trafik perlahan di Kuching akibat hujan berpanjangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.