Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • “King Kazu” sertai kelab baharu, terus beraksi pada usia 58 tahun
  • SUKAN

“King Kazu” sertai kelab baharu, terus beraksi pada usia 58 tahun

Utusan Sarawak 8 hours ago
EMPAT dekad di padang hijau, “King Kazu” masih belum mengucapkan selamat tinggal.

TOKYO: Bekas penyerang Jepun, Kazuyoshi Miura, 58, akan menyertai kelab Divisyen Tiga Liga Jepun Fukushima United secara pinjaman hingga akhir Jun depan daripada Yokohama FC yang bakal beraksi dalam Divisyen 2 (J2) musim akan datang, menurut kenyataan kedua-dua kelab pada Selasa, lapor Agensi Berita Kyodo.

Dikenali dengan gelaran “King Kazu” selepas memainkan peranan penting dalam melonjakkan populariti bola sepak Jepun susulan pelancaran Liga Jepun pada 1993, Miura bakal mengharungi musim profesionalnya yang ke-41 pada 2026.

“Semangat saya terhadap bola sepak tidak pernah berubah walaupun usia saya semakin meningkat. Saya amat berterima kasih kepada Fukushima kerana memberi peluang untuk saya beraksi,” kata Miura menerusi kelab baharunya. “Saya berjanji akan memberikan yang terbaik untuk menyumbang kepada pasukan.”

Miura beraksi dalam tujuh perlawanan tanpa menjaringkan gol musim ini ketika dipinjamkan ke Atletico Suzuka dalam saingan Divisyen Keempat Liga Bola Sepak Jepun. Beliau kembali beraksi dalam kancah Liga Jepun buat kali pertama sejak 2021, apabila tampil dalam satu perlawanan liga untuk Yokohama FC dalam saingan J1.

Miura, yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-59 pada Februari ini, berada di kedudukan kedua dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Jepun dengan 55 gol daripada 89 perlawanan untuk pasukan kebangsaan, di belakang mendiang Kunishige Kamamoto yang menjaringkan 75 gol dalam 76 perlawanan. – Bernama-Kyodo

Continue Reading

Previous: Arsenal tamatkan rentak kemenangan Villa, Man United dan Chelsea tercicir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.