Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Permintaan tiket Piala Dunia 2026 pecah rekod
  • GLOBAL

Permintaan tiket Piala Dunia 2026 pecah rekod

Utusan Sarawak 7 hours ago
LEBIH 150 juta permintaan tiket diterima FIFA untuk Piala Dunia 2026.

GENEVA:  Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Isnin memaklumkan bahawa lebih 150 juta permintaan tiket diterima bagi Piala Dunia 2026, sekali gus mencatat rekod baharu dalam sejarah penjualan tiket kejohanan itu, lapor Agensi Berita Xinhua.

Peminat dari lebih 200 negara dan wilayah membanjiri platform FIFA.com/tickets selepas fasa Cabutan Rawak dibuka pada 11 Disember. Fasa itu dijadual berakhir pada 13 Januari 2026.

FIFA berkata Piala Dunia 2026 mencatat permintaan melebihi 30 kali ganda berdasarkan jumlah kad kredit individu yang disahkan bagi setiap permohonan tiket, dan angka itu adalah 3.4 kali lebih tinggi berbanding jumlah keseluruhan penonton bagi 964 perlawanan sepanjang 22 edisi kejohanan sejak 1930.

“Piala Dunia FIFA 2026 dijangka menjadi edisi paling hebat dan inklusif dalam sejarah. Sambutan luar biasa daripada peminat ini benar-benar mencerminkan betapa besarnya kecintaan terhadap bola sepak di seluruh dunia – kami akan mencipta sejarah di Amerika Utara apabila menghimpunkan dunia dalam satu sambutan perpaduan dan keindahan sukan ini,” kata Presiden FIFA Gianni Infantino.

Piala Dunia 2026 akan bermula pada 11 Jun, dengan perlawanan akhir dijadualkan berlangsung pada 19 Julai di 16 bandar di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat. Sebanyak 104 perlawanan akan dipertandingkan melibatkan 48 pasukan. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Joshua alami kecederaan ringan dalam kemalangan kereta di Nigeria
Next: Siklon tropika menuju Australia Barat dinaik taraf ke Kategori 4

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.