Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Seorang wanita cedera dalam kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Seorang wanita cedera dalam kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANGGOTA bomba membantu mangsa selepas kenderaan terbalik dalam kemalangan kendiri di Batu 26 Jalan Bintulu–Miri.

BINTULU: Seorang wanita cedera manakala dua lagi dilaporkan selamat dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Vios di Batu 26 Jalan Bintulu–Miri, di sini, pagi tadi.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.35 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi pada 8.10 pagi, didapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan yang terbalik di tepi jalan dengan tiga mangsa berada di dalam kenderaan, namun tidak tersepit,” katanya dalam satu kenyataan.

Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba, dengan seorang mangsa dilaporkan mengalami kesakitan pada bahagian tangan dan belakang.

Pasukan bomba kemudian membantu menstabilkan mangsa di kawasan selamat sebelum diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Operasi dilaporkan terkawal pada 8.18 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada 8.26 pagi selepas keadaan di lokasi disahkan selamat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lima cedera kemalangan kendiri di Jalan Bintulu–Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.