Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
  • NASIONAL

Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN

Utusan Sarawak 6 hours ago
Tan Sri Muhyiddin Yassin. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa mulai 1 Jan 2026.

Presiden Bersatu itu dalam kenyataan hari ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua kepimpinan PN yang telah memberi sokongan kepadanya, sepanjang beliau memimpin gabungan itu yang ditubuhkan sejak lima tahun lepas.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua barisan kepimpinan PN dan parti-parti anggotanya,” katanya.

Pagi ini, seorang pemimpin kanan Bersatu memaklumkan bekas perdana menteri itu telah memuktamadkan keputusan untuk meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi PN pada 12.13 tengah malam.

Bagaimanapun, tiada sebarang sebab diberikan berkaitan peletakan jawatan itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ilmu dan kepimpinan kunci bina modal insan berkualiti
Next: Dr Sahruddin Jamal pula umum letak jawatan Pengerusi PN Johor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.