Sekurang-kurangnya 25 cedera akibat gempa bumi di Peru

Facebook
WhatsApp
GEMPA… Sekurang-kurangnya 25 orang cedera akibat gempa bumi yang melanda Peru, menurut Kementerian Kesihatan negara itu hari ini.

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 25 orang cedera akibat gempa bumi yang melanda Peru, menurut Kementerian Kesihatan negara itu hari ini, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Pusat Operasi Kecemasan melaporkan 25 orang cedera, dengan 12 daripadanya dimasukkan ke hospital manakala 13 lagi dibenarkan pulang selepas menerima rawatan perubatan,” menurut kementerian itu menerusi hantaran di platform X.

Gempa bumi bermagnitud 6.2 melanda Peru semalam, menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC).

-Bernama

Gempa bumi sederhana di Laut Bali Indonesia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 dikesan berlaku di Laut Bali, Indonesia pada 2.10 pagi tadi.  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran