Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua kenderaan mewah disita, cukai jalan dan insurans tamat tempoh
  • JENAYAH

Dua kenderaan mewah disita, cukai jalan dan insurans tamat tempoh

Utusan Sarawak 13 hours ago
DUA kenderaan mewah telah disita iaitu kenderaan BMW X1 dan Lamborghini Urus didapati mempunyai cukai jalan dan insurans tamat tempoh pada Ops Kenderaan Mewah hari ini. Foto Jabatan Pengangkutan Jalan Kuching

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuching melalui Unit Operasi telah melaksanakan Ops Kenderaan Mewah bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa dipatuhi semua pengguna jalan raya.

Dalam operasi tersebut, dua kenderaan mewah telah disita. Antara kenderaan yang diambil tindakan ialah kenderaan BMW X1 yang didapati mempunyai cukai jalan dan insurans tamat tempoh sejak 29 Oktober 2024.

Selain itu, kenderaan Lamborghini Urus turut disita selepas didapati melakukan kesalahan yang sama dengan cukai jalan dan insurans telah tamat tempoh pada 15 April 2025.

Tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan tanpa mengira jenis atau kategori kenderaan, termasuk kenderaan mewah demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta pematuhan sepenuhnya terhadap peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memastikan cukai jalan dan perlindungan insurans kenderaan masing-masing berada dalam tempoh sah sebelum menggunakan jalan raya bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Rangkaian pasar raya curi elektrik lagi, kerugian RM7,300 sebulan di Miri
Next: Wanita ditahan curi bungkusan di Times Square Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.