Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintangor kekal siap siaga sepanjang MTL
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Bintangor kekal siap siaga sepanjang MTL

Utusan Sarawak 6 hours ago
PARAS AIR…..Anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan paras air. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Pemantauan fasa Monsun Timur Laut (MTL) oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor di Jalan Kelupu dan Jalan Dermaga mendapati situasi di lapangan stabil dengan status paras air dilaporkan terkawal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, rondaan tersebut dijalankan pada tengah malam dan awal pagi tadi melibatkan dua anggota bomba.

“Rondaan pemantauan memberi fokus kepada lokasi-lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko banjir.

PARAS AIR…..Anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan paras air. Foto BBP Bintangor

“Rondaan dijalankan bagi memastikan paras air di lokasi berisiko sentiasa dipantau dan tindakan segera boleh diambil sekiranya berlaku peningkatan mendadak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, cuaca baik semasa pihaknya menjalankan rondaan pemantauan tersebut.

“Kami tidak menerima sebarang panggilan kecemasan sepanjang rondaan dijalankan.

“Pasukan bomba sentiasa berada dalam kesiapsiagaan dan bersedia untuk bertindak bagi membantu komuniti terutama sepanjang tempoh MTL,” katanya.

 Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Prihatin kesihatan rakyat, bantuan katil pesakit diserahkan segera
Next: 96 murid terima bantuan pakaian seragam dan kasut sekolah 2026 di Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.