Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ADUN Kota Sentosa tekankan perpaduan sempena Krismas di Kampung Stampin Baru
  • TEMPATAN

ADUN Kota Sentosa tekankan perpaduan sempena Krismas di Kampung Stampin Baru

Utusan Sarawak 9 hours ago
ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin, merasmikan sambutan Krismas dan menjelang Tahun Baharu 2026 di Kampung Stampin Baru, semalam.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin, menegaskan kepentingan perpaduan, keharmonian serta pembangunan inklusif sebagai asas kemajuan berterusan Sarawak ketika merasmikan sambutan Krismas dan menjelang Tahun Baharu 2026 di Kampung Stampin Baru, semalam.

Beliau berkata sambutan berkenaan bukan sekadar acara perayaan, sebaliknya mencerminkan kekuatan unik Sarawak yang terbina atas nilai saling menghormati, toleransi serta institusi kekeluargaan yang kukuh merentas budaya dan kepercayaan.

Menurutnya, semangat Krismas dan Tahun Baharu selari dengan nilai teras rakyat Sarawak yang menekankan sifat kasih sayang, harapan dan kebersamaan.

“Inilah Sarawak yang kita banggakan kepelbagaian diraikan, keharmonian dipelihara dan setiap komuniti mempunyai tempat dalam masa depan bersama,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa semangat perpaduan itu diperkukuh melalui dasar inklusif dan berteraskan rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Antara inisiatif utama yang diketengahkan termasuk pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) bermula 2026, pelaburan strategik dalam ekonomi digital dan tenaga hijau bagi mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti, serta kesinambungan bantuan kebajikan dan pembangunan infrastruktur di peringkat akar umbi.

ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin, merasmikan sambutan Krismas dan menjelang Tahun Baharu 2026 di Kampung Stampin Baru, semalam.

“Inisiatif ini bukan sekadar dasar di atas kertas, tetapi langkah praktikal untuk meningkatkan kualiti hidup, memperkukuh mobiliti sosial dan memastikan manfaat pembangunan dinikmati oleh semua tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang,” ujarnya.

Sebagai wakil rakyat Kota Sentosa, beliau menegaskan komitmen untuk terus menyuarakan keperluan serta kebimbangan penduduk agar setiap dasar pembangunan dapat diterjemahkan kepada manfaat nyata di lapangan.

Beliau menambah, kejayaan pembangunan perlu diukur melalui kesan sebenar yang dirasai rakyat, bukan sekadar pengumuman semata-mata.

Menjelang tahun baharu, beliau menggesa penduduk Kota Sentosa khususnya dan rakyat Sarawak amnya agar terus memelihara perpaduan serta keharmonian sosial, di samping berganding bahu menyokong pertumbuhan dan kestabilan jangka panjang negeri.

“Dengan perpaduan yang kukuh, kepimpinan berwibawa dan kestabilan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), saya yakin Sarawak akan terus melangkah maju dan makmur,” katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu kepada semua yang meraikannya serta mendoakan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan berterusan untuk seluruh rakyat pada tahun mendatang.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SUPP Dudong gesa kerajaan Sarawak pertimbang elaun khas doktor berkhidmat di Sarawak
Next: Dana UNIFOR dinaikkan RM120 juta pada 2026, perkukuh pembangunan rumah ibadat, sekolah mubaligh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.