Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Serigala berjaya ditangkap semula selepas cetus kekecohan di Zoo Tokyo
  • GLOBAL

Serigala berjaya ditangkap semula selepas cetus kekecohan di Zoo Tokyo

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

TOKYO: Zoo di barat Tokyo terpaksa ditutup hampir sepanjang hari selepas seekor serigala terlepas dari kandangnya, namun pengendali kemudahan itu mengesahkan haiwan berkenaan berjaya ditangkap semula di dalam kawasan zoo pada hari sama, lapor Agensi Berita Kyodo.

Menurut Taman Zoologi Tama di Hino, serigala itu dilihat berada di laluan awam selepas zoo berkenaan dibuka kepada pengunjung pada 9.30 pagi waktu tempatan.

Serigala itu berjaya ditangkap semula kira-kira 2.20 petang selepas dikesan berada di kawasan semak.

Pelawat terpaksa melarikan diri ke dalam bangunan dan kawasan lain, namun setakat ini tiada kecederaan dilaporkan.

Pihak zoo pada awalnya menghentikan kemasukan pelawat atas faktor keselamatan, sebelum mengumumkan bahawa zoo itu tidak akan dibuka semula pada hari berkenaan.

Taman Zoologi Tama, yang dibuka pada 1958 menempatkan kira-kira 260 spesies haiwan dari dalam dan luar Jepun, menurut laman sesawang rasminya.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Liga Super Unta jadi tarikan baharu pelancongan musim sejuk di utara China
Next: Lagenda filem Perancis Brigitte Bardot meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.