
MIRI: Pengguna Lebuh Raya Pan Borneo di laluan Miri-Bintulu dinasihatkan supaya lebih berhati-hati berikutan penutupan lorong perlahan dan lorong laju bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya yang akan dilaksanakan bermula 5 Januari hingga 5 Februari 2026.
Menurut notis pemberitahuan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak hari ini, penutupan berperingkat itu melibatkan seksyen Niah, WPC10 dari KM822.3 hingga KM864.6, iaitu sepanjang laluan Simpang Kilang Alam Bumi ke Simpang Ladang Tiga di kedua-dua arah perjalanan.
Kerja-kerja penyelenggaraan ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak bagi memastikan keadaan jalan raya sentiasa selamat dan selesa digunakan oleh orang ramai.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda keselamatan, mengurangkan kelajuan, serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang tempoh kerja dijalankan.
Pihak pelaksana memohon kerjasama dan kesabaran semua pengguna jalan raya demi kelancaran kerja serta keselamatan bersama.
Oleh Adum Liu