Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SAR hari kedua jejak remaja disambar buaya di Sungai Kelai
  • WILAYAH

SAR hari kedua jejak remaja disambar buaya di Sungai Kelai

Utusan Sarawak 5 hours ago
LOKASI dipercayai kejadian remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai disambar buaya ketika menjala udang di Sungai Kelai, Paloh, di sini, semalam. Foto BBP Daro

DARO: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua diteruskan hari ini bagi mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai disambar buaya ketika menjala udang di Sungai Kelai, Paloh, di sini, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak (PGO) berkata, operasi SAR bermula pada 6.30 pagi melibatkan lima anggota Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro, diketuai Pegawai Bomba Tinggi II Hasman Bakar.

“Pasukan SAR tiba di lokasi pada 7.30 pagi sebelum taklimat operasi diadakan pada 8.00 pagi yang diketuai oleh ASP Miki Mohan Singh Ramday dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Matu Daro,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi pencarian bermula pada 9.09 pagi dengan radius pencarian sejauh kira-kira tiga kilometer di sepanjang pesisir Sungai Paloh.

“Operasi melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta penduduk kampung setempat,” ujarnya.

MANGSA dikenal pasti sebagai Agustine Fernando Nyalong, 14 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai disambar seekor buaya ketika menjalankan aktiviti menjala bersama rakan-rakannya.

Mangsa dikenal pasti sebagai Agustine Fernando Nyalong dilaporkan hilang selepas dipercayai disambar seekor buaya ketika menjalankan aktiviti menjala bersama rakan-rakannya.

Menurut maklumat, mangsa bersama empat rakan lelaki sedang menjala udang di tebing Sungai Kelai apabila seekor buaya dipercayai muncul secara tiba-tiba sebelum menerkam mangsa.

Reptilia berkenaan dikatakan menyeret mangsa masuk ke dalam sungai, manakala rakan-rakan mangsa yang cuba memberikan bantuan tidak sempat berbuat demikian kerana kejadian berlaku dengan pantas.

Susulan kejadian itu, keempat-empat rakan mangsa segera bergegas ke rumah panjang bagi memaklumkan insiden berkenaan kepada penduduk setempat sebelum usaha pencarian awal dijalankan oleh penduduk kampung.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Orang ramai dijemput sertai kempen derma darah Ahad ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.