






URUMQI: Terowong Tianshan Shengli sepanjang 22.13 kilometer (km), iaitu terowong lebuh raya terpanjang di dunia dibuka secara rasmi kepada lalu lintas pada Jumaat, lapor Xinhua.
Merentasi Pergunungan Tianshan tengah di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China, terowong itu mengurangkan masa perjalanan yang dahulunya mengambil masa beberapa jam kepada hanya 20 minit.
Sebagai jaringan penting yang menghubungkan bandar di utara dan selatan Xinjiang, Lebuhraya Urumqi-Yuli G0711 termasuk terowong mula beroperasi pada hari yang sama. – Bernama-Xinhua