Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran setinggan di Tatau ragut satu nyawa, 30 rumah musnah
  • KEBAKARAN

Kebakaran setinggan di Tatau ragut satu nyawa, 30 rumah musnah

Utusan Sarawak 8 hours ago
OPERASI pemadaman kebakaran rumah setinggan yang memusnahkan 30 rumah di kawasan penempatan seberang sungai.

TATAU: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) maut rentung manakala 30 rumah setinggan musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran besar di Seberang Pekan Sangan, di sini, lewat malam tadi.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.18 malam.

“Kebakaran melibatkan sebanyak 31 rumah setinggan berstruktur tidak kekal berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sangan Iban, dengan 30 rumah terbakar 100 peratus manakala sebuah rumah berjaya diselamatkan.

“Lokasi kejadian berada di seberang sungai dan tidak mempunyai akses jalan raya, menyebabkan pasukan bomba terpaksa memindahkan peralatan pemadaman menggunakan perahu penduduk kampung untuk menyeberang ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

MAYAT mangsa ditemui rentung di lokasi kebakaran rumah setinggan di seberang Pekan Sangan, Tatau, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi pemadaman seterusnya dijalankan dengan membentangkan satu aliran sepanjang 400 kaki, menggunakan satu pemecah bahagian

dan dua nozel daripada pam angkut GP10/10 dengan sumber air terbuka dari sungai berhampiran.

“Kebakaran berjaya dikawal daripada terus merebak dan dipadam sepenuhnya, sekali gus menyelamatkan sebuah rumah serta bangunan sekolah yang berada berdekatan,” katanya.

Dalam kejadian itu, seorang mangsa dikenal pasti sebagai Geruna Enchana, 22, ditemui rentung di lokasi kebakaran pada 2.36 pagi dan mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Seramai 23 keluarga melibatkan 97 orang terjejas akibat kebakaran tersebut, namun kesemua mangsa lain dilaporkan selamat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran awal pagi musnahkan dua gerai di Pasar Lapok Tinjar
Next: Lelaki melecur dalam kebakaran rumah kedai di Kampung Raso 2

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.