Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kabong santuni pesakit kencing manis, serah sumbangan kerusi roda
  • WILAYAH

ADUN Kabong santuni pesakit kencing manis, serah sumbangan kerusi roda

Utusan Sarawak 9 hours ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir dan Datin Meryani Yassin, menziarahi Siti Norfalzila Ramli yang menghidap penyakit kencing manis dan telah menjalani pembedahan pemotongan kaki, dekat sini semalam. Foto ADUN Kabong

KABONG: Keprihatinan terhadap kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir turun padang menyantuni seorang penduduk yang berdepan ujian kesihatan menerusi program ziarah prihatin, semalam.

Dalam kunjungan tersebut, Chee Kadir bersama isteri, Datin Meryani Yassin, menziarahi Siti Norfalzila Ramli yang menghidap penyakit kencing manis dan telah menjalani pembedahan pemotongan kaki.

Sebagai tanda sokongan dan keprihatinan, beliau telah menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda bagi membantu memudahkan pergerakan harian Siti Norfalzila, khususnya untuk urusan keluar masuk rumah serta keperluan rawatan susulan.

Chee Kadir turut meluangkan masa bertanya khabar serta menyatakan rasa simpati terhadap dugaan kesihatan yang dihadapi oleh Siti Norfalzila dan keluarganya.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir dan Datin Meryani Yassin, menziarahi Siti Norfalzila Ramli yang menghidap penyakit kencing manis dan telah menjalani pembedahan pemotongan kaki, dekat sini semalam. Foto ADUN Kabong

Beliau mendoakan agar Siti Norfalzila dikurniakan kesembuhan, kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian, selain dipermudahkan segala urusan rawatan dan penjagaan kesihatan.

Menurut beliau, sumbangan yang disampaikan diharap dapat meringankan beban keluarga serta memberi keselesaan dan semangat baharu kepada penerima untuk meneruskan kehidupan seharian dengan lebih baik.

Program ziarah prihatin ini memperlihatkan komitmen berterusan ADUN Kabong dalam menjaga kebajikan rakyat, khususnya golongan yang memerlukan perhatian, bantuan dan sokongan berterusan.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Ketua Kaum Abang Syarif Abang Fadil dan Abang Ahmad Abang Resdi yang sama-sama menyatakan sokongan moral kepada keluarga berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penantian berakhir, tiga rumah di Batu 1 Saratok kini nikmati elektrik 24 jam
Next: ADUN Kalaka komited bantu insan istimewa miliki kediaman lebih selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.