Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penantian berakhir, tiga rumah di Batu 1 Saratok kini nikmati elektrik 24 jam
  • WILAYAH

Penantian berakhir, tiga rumah di Batu 1 Saratok kini nikmati elektrik 24 jam

Utusan Sarawak 7 hours ago
KEGELAPAN yang menyelubungi kehidupan penduduk di Batu 1 Jalan Belakang Bangunan JKR di sini akhirnya berakhir apabila penantian mereka untuk menikmati bekalan elektrik 24 jam kini menjadi kenyataan. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Penantian panjang penduduk di kawasan komuniti Cina, Batu 1 Jalan Belakang Bangunan JKR Saratok untuk menikmati bekalan elektrik selama 24 jam akhirnya berakhir apabila kerja pemasangan meter elektrik berjaya disempurnakan baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, skop kerja terakhir melibatkan pemasangan meter ke beberapa rumah telah dilaksanakan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB), sekali gus melengkapkan keseluruhan projek penyediaan bekalan elektrik di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, usaha merealisasikan keperluan asas itu bermula pada 2023 susulan permohonan seorang penduduk yang memaklumkan kesukaran mereka mendapatkan bekalan elektrik sepenuhnya.

“Susulan permohonan tersebut, saya bersama Pegawai Daerah Saratok pada ketika itu, Haron Mahidi dan Kaunselor Kasdi Pandi telah mengadakan lawatan tapak dan mendapati penduduk amat memerlukan bantuan melalui projek Dana Permohonan Lewat dan Tambahan (ALAF),” katanya.

KEGELAPAN yang menyelubungi kehidupan penduduk di Batu 1 Jalan Belakang Bangunan JKR di sini akhirnya berakhir apabila penantian mereka untuk menikmati bekalan elektrik 24 jam kini menjadi kenyataan. Foto ADUN Kalaka

Mohamad Duri menjelaskan, projek ALAF yang melibatkan pemasangan kabel elektrik serta pembinaan 15 batang tiang telah diluluskan oleh Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) sebelum dilaksanakan oleh SEB.

“Syukur Alhamdulillah, setelah menunggu dengan penuh kesabaran, tiga rumah di kawasan tersebut kini menikmati bekalan elektrik selama 24 jam,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada MUT dan Sarawak Energy Berhad atas kerjasama erat yang diberikan sehingga projek itu berjaya direalisasikan dengan lancar.

Selain itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Cina Daerah Saratok yang bersama-sama turun padang melawat serta mengadakan perbincangan dengan tiga keluarga di Batu 1 Jalan Roban Lama pada 14 Disember lalu.

Mohamad Duri menegaskan, kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan pembangunan yang inklusif dan seimbang terus dapat dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ngabang Krismas perkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum di Kabong
Next: ADUN Kabong santuni pesakit kencing manis, serah sumbangan kerusi roda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.