Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ngabang Krismas perkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum di Kabong
  • WILAYAH

Ngabang Krismas perkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum di Kabong

Utusan Sarawak 10 hours ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir dan isteri menghadiri Ngabang Krismas di kediaman Penghulu Michael Dajie Awi, hari ini. Foto ADUN Kabong

KABONG: Kepelbagaian budaya dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Kabong terus diperkukuhkan menerusi amalan kunjung-mengunjung sempena musim perayaan yang diraikan bersama dalam suasana penuh muhibah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, tradisi Ngabang Krismas menjadi wadah penting dalam menyemai nilai perpaduan serta mempererat hubungan antara pemimpin dan rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan kaum.

Beliau yang bersama isteri, Datin Meryani Yassin, berkesempatan menghadiri Ngabang Krismas di kediaman Penghulu Michael Dajie Awi sempena sambutan Hari Krismas, hari ini, yang berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni.

Menurutnya, kehadiran masyarakat setempat yang pelbagai latar belakang jelas membuktikan semangat toleransi dan saling menghormati yang telah lama menjadi tunjang keharmonian di kawasan Kabong.

Sempena sambutan Hari Krismas ini, Chee Kadir turut merakamkan ucapan Selamat Hari Krismas kepada seluruh penganut Kristian serta menzahirkan penghargaan atas sikap keterbukaan dan semangat muhibah yang terus diamalkan dalam komuniti.

Beliau menegaskan bahawa sambutan perayaan secara bersama bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah berperanan sebagai asas penting dalam mengekalkan kestabilan sosial dan keharmonian berpanjangan di Sarawak.

Katanya, nilai kebersamaan yang dizahirkan melalui aktiviti seperti Ngabang Krismas wajar diteruskan dan diperkasakan kerana ia mencerminkan identiti unik Sarawak yang kaya dengan kepelbagaian budaya.

Majlis Ngabang Krismas tersebut turut dimeriahkan dengan jamuan tradisi serta sesi ramah mesra, sekali gus mengukuhkan lagi hubungan akrab antara kepimpinan setempat dan masyarakat di Kabong.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Ambang Tahun Baharu Saratok meriah, pacu ekonomi peniaga tempatan
Next: Penantian berakhir, tiga rumah di Batu 1 Saratok kini nikmati elektrik 24 jam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.