Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sambutan Krismas meriah di Sarawak, orang ramai manfaat cuti bersama keluarga
  • TEMPATAN

Sambutan Krismas meriah di Sarawak, orang ramai manfaat cuti bersama keluarga

Utusan Sarawak 6 hours ago
PENGANUT Kristian sekitar Kuching berkumpul di Gereja St Peter bagi menghadiri upacara keagamaan sempena sambutan Hari Natal hari ini. Foto BERNAMA

KUCHING: Penganut Kristian di Sarawak membanjiri gereja seawal 7.00 pagi hari ini bagi menghadiri upacara keagamaan sempena sambutan Krismas, sebelum meraikan perayaan itu dengan meluangkan masa bersama keluarga dan insan tersayang.

Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) jurusan Psikologi, Priscilla Michelle Gindal, 21, berkata sambutan Krismas tahun ini memberi makna tersendiri buatnya meskipun terpaksa menyambut perayaan itu berjauhan daripada ibubapanya.

PENGANUT Kristian sekitar Kuching berkumpul di Gereja St Peter bagi menghadiri upacara keagamaan sempena sambutan Hari Natal hari ini. Foto BERNAMA

Anak jati Bintulu itu berkata cuti Krismas dimanfaatkan untuk mengeratkan silaturahim bersama saudara-mara yang menetap di Samarahan, selain rakan-rakan di sekitar Kuching.

“Meskipun berjauhan dengan keluarga, saya tetap bersyukur kerana masih dapat merasai suasana perayaan dan berkumpul bersama saudara serta rakan,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menghadiri upacara keagamaan di Gereja St Peter, di sini, hari ini.

Priscilla berkata perayaan Krismas juga menjadi ruang untuk refleksi diri dan menzahirkan harapan agar kehidupan pada masa hadapan menjadi lebih baik serta diberkati.

PENGANUT Kristian kelihatan ceria semasa merakam gambar kenangan bersama ahli keluarga. Foto BERNAMA

Sementara itu, pelajar Unimas jurusan Komunikasi Strategik, Aloysius Wilson, 21, berkata sambutan Krismas tahun ini dirasakan lebih meriah walaupun diraikan secara sederhana dan tanpa kelainan ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Walaupun sambutan sederhana, suasana Krismas tetap dirasai dan cuti ini penting untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan sebelum kembali memberi tumpuan kepada pengajian,” katanya.


ORANG ramai kelihatan ceria semasa merakam gambar kenangan bersama ahli keluarga. Foto BERNAMA

Anak kelahiran Batu Kawa, Kuching itu berkata cuti sempena Krismas turut memberi peluang kepada golongan pelajar berehat seketika daripada kesibukan akademik serta meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan.

Tinjauan Bernama turut mendapati orang ramai memanfaatkan cuti perayaan Krismas untuk beriadah dan bersiar-siar bersama keluarga di lokasi-lokasi ikonik sekitar bandar raya ini, antaranya Tebingan Kuching, Jambatan Darul Hana dan Muzium Budaya Borneo. – Bernama 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bazar Ramadan Nyabor antara perancangan LAKIN menjelang Ramadan
Next: Kepelbagaian perayaan perkukuh keharmonian di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.