

Suasana Terminal Bas Kuching Sentral yang agak sibuk, lonjakan pergerakan pulang menyambut Krismas.
KUCHING: Terminal Bas Kuching Sentral hari ini kelihatan agak sibuk dengan jumlah penumpang yang ramai setakat petang ini, menandakan lonjakan pergerakan pulang ke kampung halaman bagi sambutan Krismas.
Tinjauan Utusan Sarawak mendapati ramai penumpang bukan sahaja membawa diri mereka, malah membawa beg dan barang bawaan yang banyak dan berat, termasuk kotak hadiah, bagasi besar, dan barangan keperluan keluarga.


Suasana Terminal Bas Kuching Sentral yang agak sibuk, lonjakan pergerakan pulang menyambut Krismas.
Kaunter tiket dipenuhi dengan barisan panjang penumpang yang menunggu giliran membeli tiket bas ke destinasi utama seperti Sibu, Sri Aman, Bau, dan kawasan lain di Sarawak.
Bas-bas yang keluar masuk terminal kelihatan penuh sesak, sesetengah penumpang membawa beg sehingga dua atau tiga bagasi besar untuk perjalanan jauh mereka.
Pihak pengurusan terminal mengambil langkah kawalan trafik dan keselamatan yang rapi bagi memastikan pergerakan penumpang berjalan lancar dan teratur, serta mengelakkan kesesakan teruk di kawasan menunggu.

Suasana di terminal dipenuhi bunyi pengumuman dan hiruk-pikuk penumpang yang sibuk mengurus persiapan perjalanan dan barang-barang mereka, menunjukkan semangat meriah menyambut Krismas.
Oleh Masrin Affirah