Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Krismas wadah perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia
  • TEMPATAN

Krismas wadah perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia

Utusan Sarawak 7 hours ago
Chiew Choon Man.

MIRI: Perayaan Krismas bukan sahaja perayaan keagamaan penganut Kristian, ini wadah penting dalam memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

Nilai murni yang dibawa Krismas seperti kasih sayang, belas ihsan, kemaafan, kemurahan hati dan keamanan bersifat sejagat serta merentas sempadan agama dan budaya.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man berkata demikian dalam perutusan sempena sambutan Krismas 2025, hari ini.

Katanya, meskipun Krismas berakar daripada kepercayaan Kristian, nilai-nilai tersebut dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia dan menjadi kekuatan negara yang kaya dengan kepelbagaian kaum, budaya dan agama.

“Malaysia telah lama membuktikan keupayaan rakyatnya hidup bersama dalam suasana saling menghormati dan menerima perbezaan, justeru musim perayaan wajar dimanfaatkan untuk mengeratkan hubungan antara penganut agama serta memperkukuh kohesi sosial.

“Dalam pada itu, sektor pelancongan, seni dan budaya dalam mempromosikan perpaduan nasional melalui penganjuran perayaan, festival warisan dan program komuniti,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Miri turut menggesa rakyat Malaysia menghayati makna sebenar Krismas dengan menghulurkan bantuan dan kasih sayang kepada golongan memerlukan.

Mengakhiri perutusannya, beliau mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada seluruh penganut Kristian serta mendoakan agar semua rakyat Malaysia menikmati musim perayaan dengan aman, gembira dan harmoni.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak pengerusikan mesyuarat keselamatan dan kesihatan pekerjaan
Next: Perutusan: Semangat perpaduan teras masa depan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.