Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Sarikei pantau tebingan Sungai Nyelong, paras air kekal terkawal
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Sarikei pantau tebingan Sungai Nyelong, paras air kekal terkawal

Utusan Sarawak 8 hours ago
PEMANTAUAN… Anggota bomba memantau paras air di tebingan Sungai Nyelong, pagi tadi. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Pemantauan monsun timur laut (MTL) oleh pihak bomba di kawasan Jalan Nyelong Bypass mendapati trend air sungai berada dalam keadaan surut dan terkawal pada pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata rondaan pemantauan itu dijalankan bagi memastikan kawasan berisiko banjir sentiasa berada dalam keadaan selamat, khususnya sepanjang tempoh MTL.

“Dua orang anggota bomba bertugas menjalankan rondaan pemantauan pada 8.33 pagi tadi.

“Pemantauan di tebingan Sungai Nyelong mendapati paras air berada pada tahap terkawal dengan trend air surut,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, cuaca mendung ketika rondaan pemantauan dijalankan.

“Sepanjang rondaan dijalankan, pihak kami tidak menerima sebarang panggilan kecemasan.

“Pemantauan secara berkala akan terus dilaksanakan sebagai langkah kesiapsiagaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan perubahan cuaca dan paras air,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: IPD Meradong laksana pemantauan keselamatan di sekolah dan rumah ibadat
Next: Bomba Bintangor tingkatkan daya tahan anggota menerusi latihan ekstrem

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.