Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bangkai jet bawa Ketua Turus Tentera Libya ditemukan berhampiran Ankara
  • GLOBAL

Bangkai jet bawa Ketua Turus Tentera Libya ditemukan berhampiran Ankara

Utusan Sarawak 7 hours ago
BANGKAI jet peribadi yang membawa Ketua Turus Am Angkatan Tentera Libya ditemui kira-kira dua kilometer di selatan Kampung Kesikkavak, daerah Haymana, Ankara.

ANKARA/ISTANBUL: Bangkai sebuah jet peribadi dalam penerbangan ke Tripoli yang membawa lima penumpang, termasuk Ketua Turus Am Angkatan Tentera Libya, Jeneral Mohamed Ali Ahmed Al-Haddad ditemukan di selatan ibu negara Turkiye selepas terputus hubungan sejurus berlepas dari Ankara, kata Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya pada Selasa.

Yerlikaya berkata bangkai jet perniagaan jenis Falcon 50 yang berlepas dari Lapangan Terbang Esenboga, Ankara menuju ke Tripoli itu ditemukan oleh pasukan gendarmerie kira-kira dua kilometer di selatan Kampung Kesikkavak di daerah Haymana.

Menurut Anadolu Ajansi, Menteri Kehakiman Turkiye Yilmaz Tunc berkata pihak pendakwa raya telah melancarkan siasatan berhubung nahas itu.

Sebelum ini, Yerlikaya memaklumkan bahawa hubungan dengan jet berkenaan, yang nombor pendaftarannya 9H-DFJ, terputus pada kira-kira 8.52 malam waktu tempatan (1752 GMT), sejurus selepas ia berlepas pada 8.10 malam (1710 GMT).

Beliau berkata pesawat itu sempat menghantar pemberitahuan pendaratan kecemasan berhampiran Haymana, namun tiada komunikasi lanjut dapat diwujudkan selepas itu.

Pihak berkuasa akan memaklumkan perkembangan lanjut dari semasa ke semasa, tambah Yerlikaya.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Kepulauan Bijagos perlahan-lahan ditelan laut, penduduk luah kebimbangan
Next: India berjaya lancar satelit komunikasi AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.