Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • KESETABB muncul juara Sepak Takraw KASUS 2025 Simanggang
  • SUKAN

KESETABB muncul juara Sepak Takraw KASUS 2025 Simanggang

Utusan Sarawak 7 hours ago
Regu KESETABB A muncul juara dalam Pertandingan Sepak Takraw Karnival Sukan Saberkas (KASUS) 2025 yang berlangsung di Gelanggang Sentosa Indah RPR Sri Aman, hari ini. Foto: KESETABB

SIMANGGANG: Regu KESETABB A muncul juara dalam Pertandingan Sepak Takraw Karnival Sukan Saberkas (KASUS) 2025 yang berlangsung di Gelanggang Sentosa Indah RPR Sri Aman, hari ini.

Kemenangan itu membolehkan KESETABB A membawa pulang wang tunai RM500, piala, dan pingat, manakala naib juara, LIBAS TEAM A, menerima RM300, piala dan pingat. 

Tempat ketiga bersama pula dimenangi oleh STL 04 dan TTB FORCE A, masing-masing menerima RM150, piala dan pingat.

Kejohanan tahun ini menyaksikan 16 regu bertanding, memperlihatkan tahap persaingan yang sengit dan semangat kesukanan yang tinggi di kalangan peserta.

Regu KESETABB A muncul juara dalam Pertandingan Sepak Takraw Karnival Sukan Saberkas (KASUS) 2025 yang berlangsung di Gelanggang Sentosa Indah RPR Sri Aman, hari ini. Foto: KESETABB

Menurut Pengurus KESETABB A, Alexander Frusis, pencapaian pasukannya adalah hasil daripada dedikasi, latihan berterusan, dan semangat kerjasama.

“Kejayaan ini membuktikan usaha dan disiplin berterusan membuahkan hasil,” katanya.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Bendahari Saberkas Cawangan Simanggang, Micheal James Batang, yang turut mengucapkan tahniah kepada semua pasukan atas prestasi cemerlang dan semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.

Penganjuran KASUS 2025 bertujuan memupuk bakat tempatan dalam sukan sepak takraw serta memperkukuh hubungan antara komuniti melalui aktiviti sukan yang sihat dan kompetitif.

Oleh Adi Safarman 

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Isak direhatkan dua bulan akibat terjahan ‘cuai’ – Slot

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.