Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Keperluan asas penduduk DUN Kalaka berbeza, lawatan tapak jadi fokus
  • Selatan
  • WILAYAH

Keperluan asas penduduk DUN Kalaka berbeza, lawatan tapak jadi fokus

Utusan Sarawak 9 hours ago
Mohamad Duri meninjau keadaan JPD menuju ke Rumah Panjang Rengan Selambong yang melalui kawasan tanaman padi, kelapa sawit serta pelbagai jenis pokok buah-buahan. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Keperluan asas penduduk di setiap kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka dikenal pasti berbeza mengikut lokaliti dan situasi setempat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri.

Beliau menjelaskan, antara permohonan yang sering diterima melibatkan bantuan bekalan elektrik 24 jam, bekalan air terawat, kemudahan jaringan internet, jalan pertanian, jeti belian, jalan konkrit ke lorong rumah penduduk serta pembinaan parit konkrit dan kemudahan lain.

Mohamad Duri meninjau keadaan JPD menuju ke Rumah Panjang Rengan Selambong yang melalui kawasan tanaman padi, kelapa sawit serta pelbagai jenis pokok buah-buahan. Foto: ADUN Kalaka

Menurutnya, Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka akan terus melaksanakan lawatan tapak ke setiap kampung dan rumah panjang bagi mengenal pasti keperluan sebenar penduduk berdasarkan surat permohonan yang dikemukakan kepada pusat khidmat berkenaan.

Katanya, pendekatan turun padang itu penting bagi memastikan setiap permohonan dinilai secara teliti dan pelaksanaan projek yang dicadangkan benar-benar memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Duri turut berkesempatan meninjau keadaan Jalan Perhubungan Desa (JPD) menuju ke Rumah Panjang Rengan Selambong yang melalui kawasan tanaman padi, kelapa sawit serta pelbagai jenis pokok buah-buahan.

Mohamad Duri meninjau keadaan JPD menuju ke Rumah Panjang Rengan Selambong yang melalui kawasan tanaman padi, kelapa sawit serta pelbagai jenis pokok buah-buahan. Foto: ADUN Kalaka

Beliau memaklumkan jalan berkenaan telah dinaik taraf pada 2015 melalui projek JPD oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ketika itu, namun selepas hampir 10 tahun, keadaan jalan didapati banyak berlubang, rosak teruk dan memerlukan naik taraf segera.

“Saya telah berbincang dengan Tuai Rumah Rengan dan mencadangkan beberapa skop kerja naik taraf yang perlu dilaksanakan termasuk pembinaan empat pintu air serta jalan konkrit bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan penduduk,” katanya.

Tambah beliau, tindakan seterusnya adalah mengemukakan permohonan kepada jabatan berkaitan untuk menyediakan skop kerja terperinci serta anggaran kos naik taraf sebelum projek berkenaan dapat dilaksanakan demi kesejahteraan penduduk setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 2,232 kes kemalangan direkodkan di Bintulu, PDRM tingkatkan advokasi keselamatan
Next: Projek infrastruktur PNK Kabong pacu ekonomi nelayan tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.