Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 2,232 kes kemalangan direkodkan di Bintulu, PDRM tingkatkan advokasi keselamatan
  • Utara
  • WILAYAH

2,232 kes kemalangan direkodkan di Bintulu, PDRM tingkatkan advokasi keselamatan

Utusan Sarawak 8 hours ago
DSP Mohd Fazri Yusof ditemui media semasa Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya sempena sambutan Hari Krismas 2025 di Bintulu.

BINTULU: Sebanyak 2,232 kes kemalangan jalan raya direkodkan di daerah Bintulu sepanjang tempoh Januari hingga 18 Disember 2025, dengan 41 kes daripadanya melibatkan kemalangan maut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu, DSP Mohd Fazri Yusof berkata, jumlah itu menunjukkan kemalangan maut menyumbang sebanyak 1.84 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.

Menurut beliau, statistik tersebut menuntut tahap pematuhan undang-undang jalan raya yang lebih tinggi dalam kalangan pengguna, khususnya ketika musim perayaan.

PENUNGGANG motosikal turut diberi topi keledar percuma semasa Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya sempena sambutan Hari Krismas 2025 di Bintulu hari ini.

“Berdasarkan catatan dan siasatan yang dibuat, sebanyak 2,232 kes kemalangan jalan raya direkodkan di Bintulu sepanjang Januari hingga 18 Disember 2025, dengan 41 kes melibatkan kemalangan maut, iaitu 1.84 peratus daripada keseluruhan kes,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya sempena sambutan Hari Krismas 2025 yang diadakan di Kampung Jepak di sini, hari ini.

Menurut Mohd Fazri, program advokasi berkenaan dilaksanakan dengan penglibatan tujuh agensi berkaitan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat supaya lebih berhati-hati ketika memandu serta mematuhi peraturan jalan raya.

Dalam pada itu, beliau menasihati pengguna jalan raya agar memandu dalam keadaan sihat, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta mengelakkan perbuatan berisiko seperti memotong di garisan berkembar dan memandu secara berbahaya.

ANGGOTA polis bersama agensi terlibat mengedarkan risalah keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya di Bintulu.

Beliau turut mengingatkan semua pengguna jalan raya, termasuk dari luar daerah yang memasuki Bintulu, supaya saling menghormati antara satu sama lain dan mengutamakan keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan sepanjang musim perayaan.

Turut hadir, Pegawai Daerah Bintulu, Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan dan Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Abang Zainuddin Abang Turkey.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Lelaki OKU dikhuatiri hilang, operasi mencari dilancarkan
Next: Keperluan asas penduduk DUN Kalaka berbeza, lawatan tapak jadi fokus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.