
BEKENU: KJ Warlord muncul juara bagi kategori Lelaki Terbuka Pertandingan Tarik Tali Piala Datuk Rosey Yunus anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Selanyau di sini, semalam.
Aksi final itu antara KJ Warlord dan pasukan KTKJ (tempat kedua) telah berlangsung dengan penuh saingan sengit.
Tempat ketiga bersama pula diraih oleh pasukan Scopion dan TKP yang turut mempamerkan persembahan bertenaga sepanjang pertandingan.

Dengan kejayaan KJ Warlord telah membawa pulang hadiah RM1,500 bersama piala dan pingat, KTKJ (naib RM1,000 dan pingat), dan tempat ketiga bersama Scopion dan TKP (RM600 berserta pingat).
Sementara itu, Kategori Lelaki Bawah 23 Tahun, pasukan KJ Squad membuktikan keunggulan mereka apabila berjaya merangkul gelaran juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan piala serta pingat.
Tempat kedua dimenangi oleh KJ Squad Chainsow (RM800, piala dan pingat), manakala tempat ketiga bersama menjadi milik BRY Tuggers dan Badang Kepayang masing-masing menerima (RM400, piala dan pingat).

Bagi kategori Wanita Terbuka, persaingan tidak kurang hebatnya apabila pasukan KJ Women dinobatkan sebagai juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan piala serta pingat.
Tempat kedua dimenangi oleh Gemoy Kepayang (RM800, piala dan pingat), manakala tempat ketiga bersama disandang oleh KSAK dan Selanyau Fighter Women masing-masing menerima (RM400, piala dan pingat).
Menurut pihak penganjur, Pengerusi PBB Ranting Selanyau Abdul Rashid Yaakub, kejohanan ini bukan sahaja menyaksikan semangat kesukanan yang tinggi, malah menjadi platform penting dalam mencungkil bakat baharu serta mengukuhkan lagi silaturahim antara pasukan yang bertanding.
Kejohanan ini mendapat sambutan meriah dengan sokongan penduduk setempat yang sekali gus mempromosikan semangat kesukanan serta kerjasama komuniti kampung, katanya.
Oleh Adum Liu