Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 20 topi keledar diedar kepada penunggang motosikal di Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

20 topi keledar diedar kepada penunggang motosikal di Sarikei

Utusan Sarawak 8 hours ago
TOPI KELEDAR… Penunggang motosikal menerima topi keledar baharu sempena Program Kempen Keselamatan Jalan Raya menjelang sambutan Krismas 2025, hari ini. Foto JSPT Sarikei

SARIKEI: Sebanyak 20 topi keledar motosikal telah diedarkan kepada penunggang motosikal di Jalan Repok sempena Program Kempen Keselamatan Jalan Raya menjelang sambutan Krismas 2025.

Kempen tersebut dilaksanakan bermula hari ini hingga 28 Disember 2025 di seluruh daerah di negeri ini.

Program ini melibatkan kerjasama antara Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarikei dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Sarikei, yang turut mengedarkan risalah advokasi kepada pengguna jalan raya.

TERIMA KASIH… Pegawai dan anggota JSPT Sarikei menyerahkan risalah advokasi kepada pengguna jalan raya. Foto JSPT Sarikei

Objektif utamanya adalah memberi penekanan kepada komunikasi dua hala secara langsung dengan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya.

Selain itu, ia turut bertujuan menggalakkan amalan pemanduan berhemah dalam kalangan pemandu kenderaan dan penunggang motosikal melalui edaran risalah advokasi.

Pihak JSPT Sarikei juga menyampaikan mesej keselamatan jalan raya secara ringkas dan berkesan kepada pengguna jalan raya sepanjang pelaksanaan program.

Menerusi kempen ini, masyarakat turut diingatkan bahawa tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang gagal mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.

Turut hadir Pegawai JSPT Sarikei, Inspektor Ahmad Mustaqim Idris; Pegawai Sinergi Perkeso Sarikei, Mazlan Hazemi; Pegawai Eksekutif Perkeso Sarikei, Serani Philip dan Pegawai Penguatkuasa Perkeso Sarikei, Jessy Jock.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Keharmonian berbilang agama asas perpaduan masyarakat
Next: 22 anggota APM Sarikei sertai latihan keselamatan di air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.