NEW DELHI: Sebuah hospital di India menggunakan perkhidmatan robot untuk melakukan rondaan di wad pesakit Covid-19.
Robot dikenali sebagai Mitra bermaksud ‘Kawan’ dalam bahasa Hindi itu terkenal kerana berinteraksi dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi dalam satu acara pada tahun 2017.
Robot dilengkapi dengan teknologi pengecaman wajah itu boleh mengenal individu yang pernah berinteraksi dengannya.
Malah tablet yang disediakan pada robot itu turut membolehkan pesakit melihat keluarga mereka menerusi, serta kakitangan perubatan yang tidak dapat memasuki wad.
Mitra digunakan bagi pesakit yang tidak dapat berkomunikasi menggunakan telefon mereka. Dibangunkan oleh Invento Robotics yang berpangkalan di Bengaluru, ia menelan belanja sekitar satu juta rupee.
Robot itu digunakan bagi khidmat konsultasi jarak jauh bagi mengurangkan jangkitan Covid-19.-AFP