Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Penyanyi “Driving Home For Christmas”, Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • HIBURAN

Penyanyi “Driving Home For Christmas”, Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENYANYI legenda Britain, Chris Rea, terkenal dengan lagu Driving Home For Christmas, meninggal dunia pada usia 74 tahun.

LONDON: Penyanyi Britain Chris Rea, yang dikenali menerusi lagu popular musim perayaan “Driving Home For Christmas”, meninggal dunia pada usia 74 tahun, lapor PA Media/dpa pada Isnin  memetik jurucakap keluarganya.

Beliau didiagnosis menghidap kanser pankreas dan menjalani pembedahan pada 2001. Pada 2016, beliau turut mengalami strok.

Rea mula meraih populariti pada lewat 1970-an dan 1980-an menerusi lagu-lagu hit seperti Fool (If You Think It’s Over), Let’s Dance dan The Road To Hell.

Kenyataan bagi pihak isterinya dan dua orang anak dikeluarkan kepada media petang ini.

“Dengan rasa dukacita yang mendalam, kami mengumumkan pemergian insan tersayang kami, Chris.

“Beliau menghembuskan nafas terakhir dengan tenang di hospital awal hari ini selepas sakit seketika, dikelilingi ahli keluarganya.”

Album sulung Rea bertajuk “Whatever Happened To Benny Santini?” , merujuk kepada nama pentas yang pernah dicadangkan oleh syarikat rakamannya, dilancarkan pada 1978.

Lagu Fool (If You Think It’s Over) kemudiannya dicalonkan bagi Anugerah Grammy.

Pelancaran album The Road To Hell pada 1989 menjadikan Rea antara bintang solo terbesar di United Kingdom ketika itu. 

Dua album studionya, The Road To Hell (1989) dan Auberge (1991), masing-masing menduduki tangga teratas carta album di United Kingdom.

Lagu ikonik “Driving Home For Christmas” , yang pertama kali dilancarkan pada 1986, turut dimuatkan dalam iklan Krismas M&S Food tahun ini.- Bernama-PA Media/dpa

Continue Reading

Previous: Kim Azzim asah kemahiran badminton untuk ‘Sentuhan Wira’
Next: Brian May dedah lagu Queen tidak pernah dirilis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.