Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ Miri laksana Operasi Khas Krismas 2025
  • Utara
  • WILAYAH

JPJ Miri laksana Operasi Khas Krismas 2025

Utusan Sarawak 7 hours ago
PERIKSA… Anggota JPJ ketika menjalankan pemeriksaan pelbagai jenis kenderaan pada Operasi Khas sempena Perayaan Krismas 2025 bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta pematuhan undang-undang lalu lintas di sekitar Miri, semalam.

MIRI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Miri telah melaksanakan Operasi Khas sempena Perayaan Krismas 2025 bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta pematuhan undang-undang lalu lintas, di sini semalam.

Menurut JPJ Cawangan Miri, penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang jalan raya berada pada tahap optimum, khususnya sepanjang musim perayaan yang menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

Katanya, operasi tersebut dijalankan melalui rondaan dan pemantauan di beberapa lokasi strategik sekitar bandar Miri, termasuk Jalan Bypass Miri, Lebuh Raya Pan Borneo serta pemeriksaan bas di Terminal Bas Miri.

Sepanjang operasi berlangsung, sebanyak 180 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan telah dikesan, antaranya membawa muatan secara berbahaya, tiada lesen memandu, tidak memakai tali pinggang keledar serta kesalahan lain yang melibatkan aspek teknikal kenderaan.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya, memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat serta memiliki dokumen yang sah bagi menjamin keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Spaoh laksana pemantauan air pasang besar di Kampung Manggut 
Next: Kesedaran pencegahan kebakaran diperkasa di rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.