JEPUN: Yoshihide Suga semalam memulakan tugas pertamanya sebagai Perdana Menteri baharu Negara Matahari Terbit itu.
Suga yang berusia 71 tahun tiba di pejabatnya di Tokyo, Jepun dengan menzahirkan ikrar untuk melakukan reformasi kepada rakyat, selain menegaskan tanggungjawabnya kini sudah bermula.
Dalam masa yang sama, Suga bertekad untuk bekerja keras dan memenuhi harapan rakyat negara itu.
“Ini ada pengalaman yang besar.
“Semalam, saya memberikan arahan khusus kepada setiap menteri bahawa esok timbalan menteri dan setiausaha Parlimen akan dilantik. Saya bertekad untuk bekerja keras demi rakyat dan memenuhi kehendak mereka,” katanya kepada pemberita di Tokyo pada Khamis.
Suga secara rasmi dipilih menggantikan Shinzo Abe pada Rabu, beberapa minggu selepas Perdana Menteri paling lama berkhidmat di negara itu mengumumkan hasratnya untuk mengundurkan diri berikutan masalah kesihatan.
Suga yang juga bekas ketua setiausaha negara itu dijangka meneruskan polisi pentadbiran Abe.-AFP