Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sim Kiat Leng gesa pembaikan segera jalan berlubang di laluan Arena–Viva City
  • Selatan
  • WILAYAH

Sim Kiat Leng gesa pembaikan segera jalan berlubang di laluan Arena–Viva City

Utusan Sarawak 7 hours ago
Lubang jalan besar di Jalan Wan Alwi.

KUCHING: Pembantu khas kepada Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen, Sim Kiat Leng, menggesa tindakan segera diambil bagi membaiki beberapa lubang jalan berbahaya di laluan utama dari Arena ke pusat beli-belah Viva City.

Menurut Sim, lubang pertama terletak di tengah jalan berhampiran pintu masuk Arena, manakala dua lagi lubang besar ditemui di persimpangan sebelum membelok ke Lorong Wan Alwi 1.

Keadaan ini, katanya, menimbulkan risiko tinggi kepada kenderaan yang melalui kawasan berkenaan dan telah menyebabkan kerosakan tayar pada beberapa kenderaan sebelum ini.

Beliau menegaskan, jika masalah tersebut tidak ditangani segera, ia berpotensi mengakibatkan kemalangan serius serta membahayakan nyawa pengguna jalan raya.

Lubang jalan besar di Jalan Wan Alwi.

Sejurus menerima aduan orang ramai, Sim memaklumkan bahawa beliau telah menghubungi kontraktor projek ART untuk meminta kerja penampalan dan pembaikan dilaksanakan segera demi keselamatan awam.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan para pemandu supaya memperlahankan kenderaan dan berhati-hati ketika melalui laluan terjejas.

Sim turut menggesa orang ramai agar melaporkan sebarang masalah jalan raya kepada pihak berkuasa atau pasukannya supaya tindakan awal dapat diambil.

“Keselamatan jalan raya bukan perkara kecil. Sebarang kecuaian boleh membawa akibat yang tidak dapat diperbaiki. Pihak berkaitan perlu bertindak pantas dan bertanggungjawab demi keselamatan awam,” tegasnya.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ASEZ WAO kumpul 2,500kg sampah menerusi Projek Green Earth di Kuching
Next: BBP Sarikei laksana pemantauan monsun timur laut di Terminal Ekspress I

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.