Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • SESCO bongkar kes curi elektrik lombong kripto di Tudan
  • JENAYAH

SESCO bongkar kes curi elektrik lombong kripto di Tudan

Utusan Sarawak 8 hours ago
Kabel sambungan terus yang disorokkan di belakang papan agihan elektrik (ditanda anak panah merah).

MIRI: Sarawak Energy menerusi cabang operasinya, Syarikat SESCO Berhad (SESCO), berjaya membongkar satu lagi kes kecurian elektrik melibatkan aktiviti perlombongan mata wang kripto di sebuah rumah teres setingkat di kawasan Tudan, di sini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SESCO hari ini, dalam pemeriksaan yang dijalankan, pasukan penguat kuasa mendapati kabel elektrik telah disambung secara haram terus daripada bekalan utama masuk, sekali gus memintas meter elektrik bagi membekalkan kuasa kepada sebanyak 13 pelayan perlombongan kripto.

Kabel sambungan terus (ditanda anak panah merah) yang disambungkan ke pelayan perlombongan mata wang kripto di dalam premis semasa operasi dijalankan.

“Pemasangan haram tersebut dianggarkan menyebabkan kerugian melebihi RM9,300 sebulan.

“Kesemua peralatan yang terlibat telah dirampas dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 33(5) Ordinan Elektrik. 

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM200,000 dan/atau hukuman penjara sehingga lima tahun,” katanya.

Mengulas lanjut, kecurian elektrik bukan sahaja mengakibatkan kerugian kewangan, malah mendatangkan risiko keselamatan serius termasuk kebakaran, renjatan elektrik serta kerosakan infrastruktur akibat litar yang terlebih beban dan pemasangan tidak selamat.

Pelayan perlombongan mata wang kripto yang sedang beroperasi ketika serbuan dilakukan.

“Aktiviti perlombongan mata wang kripto menggunakan jumlah tenaga elektrik yang tinggi serta menghasilkan haba berlebihan, sekali gus memerlukan penggunaan peralatan penyejukan tambahan. 

“Keadaan ini selalunya tidak dapat dikesan dari luar premis, namun boleh meningkatkan risiko pemanasan melampau dan membahayakan hartanah berhampiran.

“Sehubungan itu, Sarawak Energy menasihatkan pemilik hartanah supaya lebih berwaspada apabila menyewakan premis mereka,” jelasnya.

Tambahnya, antara tanda amaran yang perlu diberi perhatian termasuk bil elektrik yang luar biasa rendah walaupun penggunaan peralatan berkuasa tinggi atau sistem penyejukan secara berterusan. 

Barangan yang dirampas sebagai bahan bukti kes kecurian elektrik.

“Pemilik hartanah berisiko mewarisi sambungan elektrik tidak selamat dan boleh dipertanggungjawabkan sekiranya kecurian elektrik dikesan di premis merekac,” ujarnya.

Orang ramai yang mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan penggunaan elektrik digalakkan membuat laporan kepada Pusat Khidmat Pelanggan Sarawak Energy di talian 1300-88-3111 atau melalui e-mel customercare@sarawakenergy.com. Semua laporan akan dirahsiakan sepenuhnya.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Cederakan wanita dengan topi keledar, lelaki ditahan polis di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.