Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Musk jadi individu pertama miliki kekayaan melebihi AS$700 bilion
  • GLOBAL

Musk jadi individu pertama miliki kekayaan melebihi AS$700 bilion

Utusan Sarawak 5 hours ago
USAHAWAN Amerika Syarikat Elon Musk menjadi individu pertama dalam sejarah yang memiliki nilai kekayaan bersih melebihi AS$700 bilion.

WASHINGTON: Usahawan Amerika Syarikat Elon Musk menjadi individu pertama dalam sejarah yang memiliki nilai kekayaan bersih melebihi AS$700 bilion, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik laporan majalah Forbes.

Menurut laporan itu, lonjakan kekayaan Musk berlaku selepas Mahkamah Agung Delaware membatalkan keputusan mahkamah rendah yang sebelum ini membatalkan pakej opsyen saham Tesla miliknya pada 2018. 

Pakej opsyen saham berkenaan kini dianggarkan bernilai AS$139 bilion.

Forbes menganggarkan bahawa kejayaan Musk dalam merayu keputusan itu telah meningkatkan nilai kekayaan bersihnya kepada paras tertinggi, iaitu AS$749 bilion.

Sebelum ini, Forbes menamakan Musk sebagai individu pertama yang memiliki nilai kekayaan bersih melebihi AS$600 bilion susulan pengumuman tawaran awam oleh SpaceX, yang menilai syarikat itu pada AS$800 bilion.

Peningkatan kekayaan Musk berlaku dengan pantas dalam tempoh beberapa tahun. Pada Mac 2020, nilai kekayaan bersihnya dianggarkan sekitar AS$24.6 bilion. 

Pada Januari 2021, beliau muncul sebagai individu terkaya di dunia selepas melepasi paras AS$200 bilion dan AS$300 bilion dalam tahun yang sama.

Pada 2024, nilai kekayaan Musk terus meningkat apabila melepasi paras AS$400 bilion dan AS$500 bilion.

Setakat ini, satu-satunya individu lain selain Musk yang pernah mencapai nilai kekayaan bersih melebihi paras AS$300 bilion dan AS$400 bilion ialah pengasas bersama Oracle, Larry Ellison.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 5.5 Skala Richter landa luar pesisir Wilayah Aomori, Jepun
Next: Juruterbang kurung diri dalam kokpit, mogok tuntut gaji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.