

Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa hadir Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Kaunter Perkhidmatan Bergerak DUN N.37 Bukit Saban di Rumah Rayong, Nanga Lop, Rimbas, Debak, semalam. Foto: Dr Richard Rapu
DEBAK: Proses tender bagi projek naik taraf Jalan Ulu Rimbas bernilai RM25 juta akan dimulakan pada awal 2026, sekali gus menandakan langkah serius kerajaan negeri memperkasa prasarana luar bandar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek berimpak tinggi itu dijangka melancarkan pergerakan penduduk serta merancakkan aktiviti ekonomi setempat.


Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa hadir Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Kaunter Perkhidmatan Bergerak DUN N.37 Bukit Saban di Rumah Rayong, Nanga Lop, Rimbas, Debak, semalam. Foto: Dr Richard Rapu
“Proses tender akan bermula awal tahun depan dengan anggaran kos RM25 juta,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Kaunter Perkhidmatan Bergerak DUN N.37 Bukit Saban di Rumah Rayong, Nanga Lop, Rimbas, Debak, semalam.
Dalam pada itu, Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban turut meluluskan pembinaan sebuah jambatan di Nanga Lop bagi meningkatkan akses perhubungan dan kemudahan komuniti setempat.


Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa hadir Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Kaunter Perkhidmatan Bergerak DUN N.37 Bukit Saban di Rumah Rayong, Nanga Lop, Rimbas, Debak, semalam. Foto: Dr Richard Rapu
Menyentuh soal pembangunan tanah, beliau berkata kerajaan sedang mengenal pasti pemaju bagi membangunkan tanah penduduk melalui model sewaan, yang mampu menjana pendapatan lebih stabil tanpa menjejaskan hak milik tanah.
Beliau turut menggesa rakyat Ulu Rimbas terus memberi sokongan kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), sambil menegaskan komitmen berterusan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan demi mencapai sasaran pendapatan isi rumah RM15,000 sebulan.
Turut hadir Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Roseline Mapong Sabai, Pegawai Daerah Betong Laga Kueh dan Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) DUN Bukit Saban, Natasha Nasa Uggah.
Oleh Adi Safarman