Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kalaka utamakan kebajikan, pastikan tiada golongan terpinggir
  • Selatan
  • WILAYAH

ADUN Kalaka utamakan kebajikan, pastikan tiada golongan terpinggir

Utusan Sarawak 7 hours ago
Mohamad Duri berkesempatan menziarahi dua keluarga yang kehilangan ahli keluarga tersayang dalam kunjungan kebajikan dekat sini semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Kebajikan masyarakat terus menjadi agenda utama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka bagi memastikan golongan memerlukan sentiasa terbela dan tidak terpinggir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, tumpuan kebajikan yang dilaksanakan merangkumi bantuan kepada pesakit terlantar, warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta ahli keluarga yang kehilangan insan tersayang.

Menurutnya, pihaknya sentiasa berinteraksi rapat dengan masyarakat setempat termasuk ketua kaum dan ketua masyarakat bagi mendapatkan maklumat tepat berkaitan keperluan kebajikan di kawasan tersebut.

“Di DUN Kalaka, kita memandang serius soal kebajikan rakyat. Setiap sumbangan disalurkan dengan ikhlas tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang politik kerana ia adalah tanggungjawab sosial bersama untuk meringankan beban golongan memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkesempatan menziarahi dua keluarga yang kehilangan ahli keluarga tersayang dalam kunjungan kebajikan dekat sini semalam.

Mohamad Duri berkesempatan menziarahi dua keluarga yang kehilangan ahli keluarga tersayang dalam kunjungan kebajikan dekat sini semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Kunjungan pertama melibatkan keluarga Wahed Taiben yang kehilangan isteri tercinta, Allahyarhamah Mordiah Morshidi yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat lalu di kediaman mereka di Kampung Bunga Raya, Saratok.

Selain itu, Mohamad Duri turut menziarahi keluarga Allahyarhamah Rosmina Abang di Taman Muhibbah, Saratok yang telah meninggal dunia pada 13 Disember lalu. Allahyarhamah merupakan seorang kakitangan Jabatan Penerangan Daerah Saratok.

Dalam kunjungan tersebut, beliau merakamkan ucapan takziah dan berharap agar kedua-dua keluarga tabah serta diberikan kekuatan menghadapi ujian Ilahi.

Turut hadir Pemanca Lim Guan Ann, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi serta Ketua Kaum, Abang Ibrahim.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Cahaya Jalur Gemilang hiasi bandar raya Kuching, tanda sokongan padu Sukan SEA 2027
Next: Eksklusif: Pokok Krismas tema kupu-kupu hiasi kediaman Julia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.