Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JPJ Sarawak laksana Ops Krismas dan Ops Lebih Muatan di Jalan Sibu-Kapit
  • TEMPATAN

JPJ Sarawak laksana Ops Krismas dan Ops Lebih Muatan di Jalan Sibu-Kapit

Utusan Sarawak 6 hours ago
PEMANTAUAN….Muhamad Kifli (empat kiri) serta yang lain pada Ops Krismas dan Ops Lebih Muatan Kenderaan Perdagangan di sepanjang Jalan Sibu/Kapit, semalam. Foto kredit Facebook JPJ Sarawak

KAPIT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak telah melaksanakan pemantauan Ops Krismas dan Ops Lebih Muatan Kenderaan Perdagangan di sepanjang Jalan Sibu-Kapit, semalam.

JPJ Sarawak menerusi kenyataan di Facebooknya memberitahu, operasi tersebut sebagai langkah memperkukuh penguatkuasaan serta memastikan tahap keselamatan jalan raya sentiasa terpelihara, khususnya menjelang musim perayaan Krismas.

Pemantauan operasi ini telah diketuai oleh Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Malaysia, Dato’ Muhamad Kifli Ma Hassan, bersama Pengarah Kewangan JPJ Malaysia, Syarina Kassim dan Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili.

Kehadiran barisan kepimpinan tertinggi ini mencerminkan komitmen berterusan JPJ dalam memastikan pematuhan undang-undang jalan raya, khususnya melibatkan kenderaan perdagangan.

Operasi ini turut dibantu oleh Unit Operasi JPJ Sibu dan JPJ Kapit, selain sokongan Unit Overloading yang didatangkan dari JPJ Negeri bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Ops Lebih Muatan Kenderaan Perdagangan serta keberkesanan tindakan penguatkuasaan di lapangan.

JPJ Sarawak akan terus mempergiatkan pelaksanaan operasi penguatkuasaan dan pemantauan secara berterusan bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya sentiasa terjamin.

Selain mendidik serta meningkatkan tahap kesedaran pematuhan undang-undang dalam kalangan pengusaha dan pemandu kenderaan perdagangan.

Turut hadir Ketua Seksyen Operasi JPJ Sarawak, Saifullah Ali, Ketua Cawangan JPJ Sibu, Jelapin Entalai dan Ketua JPJ Cawangan Kapit, Bin Saing.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2025 angkat kecemerlangan wartawan Sarawak
Next: Tender RM25 juta naik taraf Jalan Ulu Rimbas bermula 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.