Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dron ditemui terhempas di barat laut Turki
  • GLOBAL

Dron ditemui terhempas di barat laut Turki

Utusan Sarawak 14 hours ago
DRON yang terhempas di kawasan luar bandar berhampiran Izmit, semalam. Foto AFP

ISTANBUL, Turki: Dron yang tidak diketahui asal usulnya ditemui terhempas di barat laut Turki, kurang 24 jam selepas sebuah lagi dron yang disyaki berasal dari Rusia mengalami nasib sama, lapor media tempatan hari ini.

Menurut beberapa rangkaian televisyen bebas serta akhbar Cumhuriyet, dron berkenaan ditemui di  kawasan lapang berhampiran bandar Balikesir, kira-kira tiga jam perjalanan ke barat daya Istanbul.

Setakat ini, pihak berkuasa Turki belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penemuan tersebut. Bagaimanapun, penyiar Halk TV dan Haberturk melaporkan bahawa dron berkenaan telah dibawa ke Ankara untuk tujuan analisis lanjut.

Memetik keterangan penduduk tempatan, khususnya para petani, beberapa media melaporkan bahawa kejadian nahas itu dipercayai berlaku beberapa hari lalu.

Insiden ini merupakan kejadian ketiga seumpamanya sejak Isnin lalu dan berlaku susulan amaran Turki kepada Rusia serta Ukraine agar konflik peperangan yang sedang berlangsung tidak merebak ke wilayah lain di rantau berkenaan.

Sebelum ini, pihak berkuasa Turki menuding jari kepada Rusia berhubung dron yang ditemui pada Jumaat lepas berhampiran bandar Izmit, kira-kira 30 kilometer di selatan Laut Hitam, kawasan yang kebelakangan ini menyaksikan beberapa serangan ke atas kapal.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Turki, yang telah membuka satu siasatan, dron tersebut “dipercayai daripada jenis Orlan-10 buatan Rusia yang digunakan bagi tujuan peninjauan dan pengawasan, berdasarkan penemuan awal”.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, sebelum ini memberi amaran agar Laut Hitam tidak menjadi “kawasan pertembungan” antara Rusia dan Ukraine, yang masing-masing berada di pesisir bertentangan perairan tersebut dengan Turki.

-AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pengunjung “serbu” Zoo Ueno susulan pengumuman kepulangan panda ke China
Next: Banjir Sumatera: “Bu sedekah, bu” rayuan mangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.