Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 5.00 petang ini
  • NASIONAL

Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 5.00 petang ini

Utusan Sarawak 6 hours ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan hingga 5.00 petang ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka melanda Pahang melibatkan Jerantut, Bentong, Kuantan dan Pekan; Selangor (Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat); serta Jelebu di Negeri Sembilan.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak yang membabitkan Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Miri dan Marudi) serta Limbang.

Keadaan cuaca itu juga diramalkan melanda beberapa kawasan di Sabah, iaitu Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu).- Bernama

Continue Reading

Previous: 10 bangunan ikonik raikan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA ke-34
Next: Lebih 5,000 insiden siber dilaporkan sembilan bulan pertama tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.