
LAWAS: Sepasukan polis telah menahan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai buruh berusia 41 tahun kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan memberitahu, operasi berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak adalah sejajar dengan hasrat Pesuruhjaya Polis Sarawak yang mahu membasmi kes penyalahgunaan dadah secara berhabisan.
“Petang semalam sekitar 1.30 petang bertempat di tepi Jalan Punang Lawas seorang lelaki telah ditahan.
Hasil pemeriksaan badan tiada menjumpai apa-apa barang salah atau dadah.
“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amp dan Meth. Semakan kesalahan lampau mendapati saspek mempunyai lapan kesalahan lampau berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut seksyen 15(1) ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Oleh Adeng Edrus