Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jelajah Dunia Akhir BWF: Aaron- Wooi Yik, Wei Chong-Tee Kai Wun gagal ke saparuh akhir
  • SUKAN

Jelajah Dunia Akhir BWF: Aaron- Wooi Yik, Wei Chong-Tee Kai Wun gagal ke saparuh akhir

Utusan Sarawak 6 hours ago
BADMINTON Association of Malaysia -BAM. Foto facebook

KUALA LUMPUR:Tiada wakil Malaysia dalam acara beregu lelaki di pusingan separuh akhir Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2025 selepas dua pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun gagal melepasi peringkat kumpulan hari ini.

Pada aksi di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, Aaron-Wooi Yik terpaksa akur tewas kepada pasangan India, Chirad Shetty-Satwiksairaj Rankireddy 21-17, 18-21, 15-21 dalam perlawanan yang mengambil masa satu jam 10 minit.

Keputusan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik menamatkan saingan Kumpulan B di tempat ketiga.

Nasib sama turut dialami Wei Chong-Kai Wun yang tunduk kepada beregu nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Sung Jae 25-23, 21-14, 19-21, sekali gus menamatkan saingan Kumpulan A di tempat ketiga.

Terdahulu, dua wakil negara berjaya melayakkan diri ke separuh akhir menerusi juara dunia beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta pemenang pingat emas beregu wanita Sukan SEA Thailand, Pearly Tan-M Thinaah. – Bernama

Continue Reading

Previous: Liverpool ‘sudah melangkah ke hadapan’ daripada kekecohan Salah – Slot 
Next: Sukan SEA 2025: Tiada kejutan, fasa peningkatan warnai pencapaian kem terjun kebangsaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.