Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sambutan Krismas di sekolah cerminkan keharmonian Sarawak
  • PENDIDIKAN

Sambutan Krismas di sekolah cerminkan keharmonian Sarawak

Utusan Sarawak 8 hours ago
ADUN Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang pada majlis sambutan Krismas di SJKC Chung Hua Batu 4 1/2, hari ini.

KUCHING: Sambutan Krismas di Sarawak mencerminkan keharmonian serta kebebasan beragama yang telah lama diamalkan oleh masyarakat berbilang kaum di negeri ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang.

Katanya, Krismas merupakan perayaan sejagat yang penuh kegembiraan di mana semua orang menyanyi lagu Krismas dan menikmati suasana perayaan bersama.

“Di Sarawak semua kaum membuka pintu untuk menyambut Krismas sama meriahnya seperti Tahun Baharu Cina dan Hari Raya.

“pusat beli-belah, gereja dan biara di seluruh Sarawak dihiasi dengan pokok Krismas dan dekorasi berwarna-warni serta menarik kehadiran orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Krismas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Batu 4 1/2, di sini, hari ini.

Menurutnya di bawah pentadbiran kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) Sarawak tidak berdepan isu perkauman atau keagamaan sekali gus membolehkan rakyat menyambut perayaan dengan aman dan terbuka.

Di Sarawak bukan sahaja guru dan murid di sekolah gereja menyambut Krismas malah sekolah rendah Cina juga turut serta. Selain Sekolah Rendah Chung Hwa 4.5 Mile sekolah lain seperti Sekolah Rendah Chung Hwa No. 1 Kuching juga mengadakan sambutan Krismas.

Beliau berharap lebih banyak sekolah rendah Cina akan mengadakan sambutan Krismas supaya murid dapat merasai suasana kebebasan beragama dan keharmonian sejak usia muda.

Lo turut berkata sambutan perayaan membawa peluang perniagaan kepada peniaga melalui peningkatan jualan barangan hiasan makanan dan minuman sekali gus merancakkan ekonomi.

ADUN Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang pada majlis sambutan Krismas di SJKC Chung Hua Batu 4 1/2, hari ini.

Beliau berkata rakyat Sarawak hari ini dapat menyambut Krismas dengan bebas hasil dasar inklusif kerajaan GPS yang membolehkan rakyat hidup dan bekerja dalam suasana aman dan makmur.

Lo juga menyentuh pengiktirafan awal Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) oleh kerajaan Sarawak pada 2014 serta rancangan menyediakan pendidikan universiti percuma mulai 2026 kepada pelajar sekolah menengah persendirian Cina dan sekolah menengah kebangsaan.

Saya berharap pelajar Sarawak akan merebut peluang ini untuk melanjutkan pelajaran menjadi bakat berkebolehan dan menyumbang kepada negara katanya.

Pada majlis itu Lo mengumumkan peruntukan tambahan RM50,000 kepada Sekolah Rendah Chung Hwa 4.5 Mile menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM150,000 termasuk RM100,000 yang diumumkan sebelum ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah guru dan murid atas jemputan serta mengucapkan tahniah atas kejayaan menganjurkan sambutan Krismas tersebut.

Oleh Connie Chieng

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pemuda SUPP Kuching sokong Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.