Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembangunan inklusif DUN Kalaka selaras PCDS 2030, semua komuniti disantuni
  • Tengah
  • WILAYAH

Pembangunan inklusif DUN Kalaka selaras PCDS 2030, semua komuniti disantuni

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MOHAMAD Duri semasa bersama KMKK komuniti Cina telah mengadakan lawatan kerja ke Batu 1, Jalan Roban Lama, Saratok bagi meninjau status terkini bantuan baik pulih rumah yang telah siap dilaksanakan. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka terus dilaksanakan secara menyeluruh dan inklusif, selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang menekankan keterangkuman sosial demi kesejahteraan rakyat pelbagai lapisan komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, setiap perancangan dan pelaksanaan projek di kawasan berkenaan dirangka bagi memastikan tiada komuniti yang terpinggir, sebaliknya semua rakyat menikmati manfaat pembangunan secara adil dan saksama.

Menurut beliau, setiap komuniti di DUN Kalaka sentiasa disantuni bagi memenuhi keperluan asas yang dipohon, khususnya melibatkan kebajikan, perumahan dan kemudahan asas yang menjadi keutamaan kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Duri bersama Ketua-Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) komuniti Cina telah mengadakan lawatan kerja ke Batu 1, Jalan Roban Lama, Saratok bagi meninjau status terkini bantuan baik pulih rumah yang telah siap dilaksanakan.

Lawatan tersebut turut meneliti perkembangan projek Dana Permohonan Lewat dan Tambahan (ALAF) yang kini berada di peringkat akhir dan hanya menunggu pemasangan meter oleh pihak Sarawak Energy Berhad sebelum dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat.

Mohamad Duri berkata, kunjungan bersama kepimpinan komuniti Cina itu turut menjadi platform perbincangan berhubung beberapa keperluan penduduk, termasuk cadangan penambahbaikan kemudahan asas dan kebajikan jangka panjang.

“Saya bersama KMKK Daerah Saratok komited memastikan segala keperluan asas penduduk di dalam DUN Kalaka dapat disediakan dengan baik dan berkualiti menerusi kerjasama erat semua agensi kerajaan,” katanya.

Beliau menegaskan, pendekatan turun padang dan libat urus bersama komuniti akan terus diperkukuh bagi memastikan dasar keterangkuman sosial yang digariskan dalam PCDS 2030 benar-benar memberi impak di peringkat akar umbi.

Dalam pada itu, Mohamad Duri merakamkan penghargaan kepada Pemanca Lim Guan Ann, Datuk Wong, Kapitan Gan Eng Kee, Kapitan Law Puong Hui, Kapitan Voon, Lee Chai Teng serta rakan-rakan yang turut serta menziarahi kawasan kediaman komuniti Cina di Batu 1 Jalan Roban Lama, sekali gus memperkukuh semangat kerjasama demi pembangunan DUN Kalaka.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: BBP Batu Niah perketat rondaan pemantauan MTL
Next: Projek khas Rumah Panjang Samu siap, manfaat besar kepada penduduk setempat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.