Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • LPKP Sarawak perketat dasar baharu operasi bas ekspres
  • TEMPATAN

LPKP Sarawak perketat dasar baharu operasi bas ekspres

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SESI libat urus LPKP Sarawak bersama Kementerian Pengangkutan dan pengusaha bas ekspres bagi menyelaraskan dasar baharu industri bas ekspres di Sarawak.

KUCHING: Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Michael Kong berkata LPKP Sarawak bersama Kementerian Pengangkutan (MOTS) telah mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan semua pengusaha bas ekspres di Sarawak bagi menyelaraskan dasar baharu yang melibatkan industri berkenaan.

Menurut beliau, sesi libat urus itu penting bagi memastikan perancangan laluan bas ekspres dibuat dengan lebih teratur dan standard, serta memastikan semua pengusaha mematuhi laluan yang telah diluluskan dan hanya berhenti di hentian yang ditetapkan.

“Perkara yang sama penting ialah keperluan untuk bas ekspres mematuhi jadual perjalanan yang telah diluluskan. Pematuhan ini akan membantu mewujudkan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih teratur, boleh dipercayai dan konsisten, sekali gus meningkatkan keyakinan penumpang terhadap perkhidmatan bas ekspres di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.

Kong berkata, antara hala tuju dasar utama yang dibincangkan ialah larangan membawa barangan di dalam ruang penumpang bas ekspres, susulan banyak aduan awam diterima mengenai barangan yang diletakkan di tempat duduk atau laluan penumpang

“Amalan ini mendatangkan risiko keselamatan yang serius, terutamanya ketika kecemasan apabila proses pemindahan penumpang diperlukan. Oleh itu, dasar baharu menetapkan bahawa pengusaha bas ekspres hanya dibenarkan menyimpan barang milik penumpang dan barangan lain di ruang kargo yang dikhaskan, dan bukannya di dalam kabin penumpang,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa LPKP Sarawak memandang serius aspek keselamatan awam. Walaupun memahami cabaran operasi yang dihadapi oleh pengusaha, keselamatan dan kebajikan penumpang mesti sentiasa menjadi keutamaan.

“Seterusnya, LPKP Sarawak akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan serta pemain industri bagi mengimbangi kelestarian operasi kenderaan komersial dengan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan orang ramai,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Krismas kian tiba, kebersamaan keluarga jadi keutamaan di Sarawak
Next: Ops Krismas JPJ Sarawak bermula hari ini, keselamatan penumpang jadi keutamaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.