Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Petronas salur sumbangan kemudahan hospital kepada Hospital Bintulu
  • KESIHATAN

Petronas salur sumbangan kemudahan hospital kepada Hospital Bintulu

Utusan Sarawak 6 hours ago
SIMBOLIK…. Abang Jimmy Abang Mordian menyempurnakan simbolik gimik perasmian Program Petronas Memacu Kehidupan Krismas 2025 di Hospital Bintulu.

BINTULU: Anak syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Malaysia LNG Sdn Bhd menyalurkan sumbangan keperluan hospital kepada Hospital Bintulu bagi menyokong penyampaian perkhidmatan kesihatan menerusi Program Petronas Memacu Kehidupan Krismas 2025.

Pengurus Besar Kanan Loji Malaysia LNG Sdn Bhd, Abang Jimmy Abang Mordian berkata, sumbangan berkenaan melibatkan penambahan kemudahan hospital merangkumi 125 unit kerusi keluli tahan lasak serta lapan unit televisyen pintar untuk kegunaan pesakit dan pelawat.

Beliau berkata, kemudahan tersebut akan ditempatkan di lokasi berkeperluan tinggi termasuk klinik pakar, wad, pusat jagaan harian, pusat X-ray dan unit kecemasan bagi meningkatkan keselesaan serta kelancaran operasi hospital.

UCAPAN… Abang Jimmy Abang Mordian berucap pada Program Petronas Memacu Kehidupan Krismas 2025 di Hospital Bintulu.

Menurut beliau, televisyen pintar yang disumbangkan akan dimanfaatkan bagi tujuan penyampaian maklumat dan pendidikan kesihatan kepada pesakit, selain menyokong pelaksanaan latihan serta program pembangunan kakitangan hospital.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Petronas Memacu Kehidupan Krismas 2025 yang diadakan di Hospital Bintulu hari ini.

Sementara itu, Pengarah Hospital Bintulu, Dr Suzalinna Sulaiman berkata, pihak hospital menghargai sumbangan tersebut yang disifatkan sebagai sokongan penting dalam memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan secara berkesan.

ABANG Jimmy Abang Mordian menerima cenderamata daripada Pengarah Hospital Bintulu, Dr Suzalinna Sulaiman pada Program Petronas Memacu Kehidupan Krismas 2025 di Hospital Bintulu.

Beliau berkata, kerjasama dengan rakan industri seperti Petronas membantu meningkatkan keupayaan hospital dalam menyediakan persekitaran rawatan yang lebih selesa kepada pesakit.

Selain sumbangan keperluan hospital, Petronas turut mengagihkan 350 pek Krismas kepada pesakit dan pelawat sebagai sebahagian daripada inisiatif kemasyarakatan sempena musim perayaan.

Program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Petronas dalam menyokong sektor kesihatan dan kesejahteraan komuniti setempat menerusi pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Kempen derma darah di Sibu Sabtu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.