Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan Sea: Malaysian Tigress rangkul emas kesembilan berturut-turut
  • SUKAN

Sukan Sea: Malaysian Tigress rangkul emas kesembilan berturut-turut

Utusan Sarawak 8 hours ago
SKUAD hoki wanita kebangsaan mempertahankan pingat emas Sukan SEA buat kali kesembilan berturut-turut selepas membenam Indonesia 6-0.

CHONBURI: Skuad hoki wanita kebangsaan mempertahankan pingat emas Sukan SEA buat kali kesembilan berturut-turut selepas membenam Indonesia 6-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Universiti Sukan Kebangsaan Thailand, di sini, hari ini.

Skuad Malaysian Tigress tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit kelapan, sebelum Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad menggandakan kelebihan menerusi jaringan padang 11 minit kemudian.

Khairunnisa Ayuni sekali lagi mencatat nama selaku penjaring apabila menambah gol ketiga negara berbaki tiga minit sebelum tamat suku kedua.

Memasuki separuh masa kedua, jaringan padang Nur Afiqah Syahzani Azhar pada minit ke-46 dan ke-49 terus melebarkan jurang kemenangan Malaysia, sebelum Hanis Nadiah Onn melengkapkan kemenangan bergaya negara dengan gol keenam pada minit ke-57.

Ketua jurulatih Mohd Nasihin Nubli menyifatkan kejayaan mempertahankan pingat emas buat kali kesembilan berturut-turut itu bukan sesuatu yang mudah dicapai.

 “Alhamdulillah, kita berjaya mengekalkan pingat emas, namun ia bukan hasil kerja yang mudah. Banyak pasukan membuat persiapan rapi untuk menghadapi Sukan SEA kali ini.

“Saya tabik kepada para pemain kerana persekitaran di sini agak mencabar, namun mereka mampu menyesuaikan diri dengan cepat.

“Tiada kata yang dapat menggambarkan kegembiraan saya dan kami berterima kasih kepada peminat hoki yang setia menunggu kejayaan ini,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukan SEA 2025: Pasukan boling Wanita Malaysia menang emas
Next: Sukan SEA: Malaysia pecah rekod pingat tertinggi di luar Kuala Lumpur – MSN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.